AMALAN BERTUNGKU DAN KEBAIKANNYA

Bertungku adalah satu proses merawat tubuh badan dengan menggunakan satu alat yang digunakan untuk memanaskan tubuh badan seperti batu, besi atau bantal berisi gel bagi tujuan tertentu. Batu atau besi perlu dipanaskan di atas api kemudian dibalut dengan daun-daun herba serta kain dan diikat kemas supaya mudah dipegang semasa proses bertungku dijalankan. Ia adalah rawatan khas yang bermula pada hari ke-4 hingga hari ke-39 kelahiran.

Antara kebaikan bertungku kepada wanita selepas bersalin adalah dapat mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh berpantag 44 hari mengikut kepercayaan Selain itu, bertungku juga dapat memecahkan lemak dalam badan yang terkumpul sepanjang proses kehamilan dan dapat mengembalikan tubuh ke bentuk yang asal.

Biasanya amalan bertungku dibuat dengan cara tungku tersebut dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan dan lain-lain daun kemudian dilapiskan dengan kain. Alat tungku ditekap pada perut dan paha selama sejam. Tetapi jika terlalu sibuk, sekurang-kurangnya peruntukkan setengah jam masa untuk bertungku. Bagi ibu yang bersalin melalui pembedahan, perlu dielakkan kawasan perut dan amaln bertungku hanya boleh dilakukan selepas tiga ke empat minggu selepas bersalin.

Sumber: Majalah Pa&Ma

No comments:

Post a Comment