MANFAAT AMALAN BERURUT SEMASA BERPANTANG KEPADA WANITA

Urut selepas bersalin merupakan antara amalan yang diamalkan dalam rawatan kesihatan ibu bersalin secara tradisional. Amalan berurut ini memberi banyak manfaat kepada si ibu  di mana ramai yang mengatakan amalan urut tradisional membantu membaik pulih kesihatan ibu selepas bersalin. Terdapat juga respon yang mengatakan amalan ini dapat mengembalikan kesegaran badan dan menjadikan badan lebih ringan.

KEBAIKAN URUTAN SELEPAS BERSALIN

SUMBER: Majalah Pa & Ma


Kebanyakan ibu yang melahirkan anak akan mengamalkan urutan badan untuk mengembalikan semula kesegaran badan. Siapa yang tidak mengurut badan selepas melahirkan anak pasti tidak akan menikmati kelebihannya.

Dari segi fizikal, urutan dapat meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yan tersekat itulah punca seseorang itu berasa lenguh, sengal, pening dan sakit - sakit pada bahagian tertentu pada badan.

Urutan turut memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigan dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.

Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.

Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat merasakan diri dimanja. Antara kelebihan lain kepada ibu selepas melahirkan adalah seperti berikut:

*melancarkan peredaran darah
*mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan tertakung
*menaikkan rahim
*membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
*memecahkan lemak
*mengetat dan membentuk kembali tubuh
*mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak

Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payu dara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.

No comments:

Post a Comment