AMALAN BERPANTANG DAN RAWATAN KESIHATAN SELEPAS BERSALIN

BERPANTANG DAN KEBAIKAN AMALAN BERPANTANG


Menurut kamus Dewan Bahasa edisi ketiga, berpantang bermaksud sesuatu yang dilarang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Amalan berpantang selepas bersalin bermaksud si ibu melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.

Tempoh berpantang biasanya berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu dari hari kelahiran bayi. Tujuan utama berpantang adalah untuk memastikan tubuh ibu kembali kepada bentuk yang asal, memastikan kesembuhan luka kelahiran, membetulkan kedudukan rahim selain membantu pengecutan rahim dan mengembalikn ketegangan faraj. Dikhuatiri rahim akan kendur sekiranya rawatan selepas bersalin tidak diamalkan selain daripada risiko rahim jatuh akibat daripada rahim yang lemah. 

Rawatan berpantang hendaklah dilakukan secara konsisten bagi memastikan tubuh si ibu benar-benar pulih selepas kelahiran. Sepanjang tempoh berpantang, pengambilan makanan perlulah dititik beratkan bagi memastikan tubuh si ibu mendapat nutrisi yang secukupnya bagi proses penyembuhan luka dan mengembalikan kesegaran tubuh badan. pemilihan makanan yang betul juga perlu bagi mengelakkan si ibu mendapat masalah kesihatan pada masa akan datang.

Pada zaman moden ini, terdapat segelintir pihak yang menganggap amalan berpantang tidak perlu dipraktikkan terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerjaya. Mereka beranggapan bahawa amalan berpantang amat melecehkan. Namun begitu, bagi mereka yang menitik beratkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan, amalan berpantang ini dilihat sebagai satu cara bagi mengembalikan kesihatan dan kelangsingan tubuh slepas bersalin. Walaupun tempoh berpantang yang panjang amat memeritkan, namun ia memberikan banyak kebaikan kepada si ibu dan juga si anak.

Dari sudut kesihatan, tempoh berpantang ini merupakan tempoh rehat serta satu proses membaik pulih tubuh badan selepas bersalin samada secara normal atau melalui pembedahan. Waktu berpantang juga dapat menenangkan fikiran dan emosi di ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan keluarga. Dalam tempoh berpantang juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ibu, anak dan keluarga.

Rawtan seperti berurut, bertungku, bertangas, mandi herba, berpilis dan berbengkung merupakan cara untuk mencepatkan pemulihan badan termasuk melancarkan peredaran darah, menggecutkan peranakan, mengembalikan kesegaran badan serta melangsingkan tubuh badan.

No comments:

Post a Comment